Thursday, January 28, 2016

UMRAH JEJAK SIRAH 2016 - Catatan 1

UMRAH JEJAK SIRAH

Perjalanan mengenal diri dan maha pencipta melalui rehlah sirah nabawiyah.

12 - 25 Jan 2016, sangat bermakna buat hidup saya. Setelah lebih 5 tahun tidak berziarah ke bumi Haramain, Allah izinkan saya bersama isteri dan 6 cahaya mata bertandang menjadi tetamu Ilahi.

Berkunjung ke makam Nabi saw, mengimbau sejarah perjuangan baginda menegakkan dakwah Islam, mengambil ibrah kasih sayang baginda sebagai seorang ketua keluarga dan penghulu umat. Sungguh menginsafkan diri ini.

Jejak Sirah adalah program Umrah dan Ziarah ke Mekah dan Madinah yang disusun khas bukan sahaja untuk melaksanakan ibadah di kedua-dua masjid yang mulia disisi Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi bermodul untuk memberikan kefahaman sirah kehidupan Nabi saw di Mekah dan Madinah.

Modul-modul yang disusun bertujuan untuk meletakkan titik perubahan dalam jiwa dan kefahaman untuk tindakan seusai pulang dari menjadi tetamu Allah.

Hubungi kami di IVACATION untuk tarikh-tarikh pilihan siri Umrah Ziarah Jejak Sirah 2016 di 03-89260540 atau fb: ivacation4u.



No comments:

Post a Comment