Wednesday, May 4, 2016

12 SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN KHIDMAT TOUR OPERATOR PROFESIONAL KETIKA MELANCONG

Definisi Tour Operator

Adalah syarikat yang menguruskan pakej percutian di sesebuah destinasi, termasuk tiket penerbangan, pengangkutan, penempahan hotel, lawatan-lawatan dan lain lain. Mereka mempunyai lesen untuk beroperasi secara sah di destinasi tersebut dan memiliki insuran ‘public liability’ sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Biasanya mereka ini dipanggil ‘Destination Management Company (DMC)’ dan menjadi pusat sehenti untuk semua bentuk pengurusan pelancongan.

Kebanyakan agensi pelancongan di Malaysia mempunyai rakan ‘Tour Operator’ di setiap destinasi yang mereka pakejkan. Ini berbeza dengan konsep melancong secara 'backpackers’ atau percutian bajet yang menguruskan semua penempahan secara sendiri.

12 Kelebihan Menggunakan Tour Operator?

#1) Pengetahuan dan Pengalaman – Tour Operator sangat berpengetahuan dan berpengalaman tentang selok belok sebuah destinasi pelancongan. Mereka tahu hampir semua perkara dengan baik termasuk jenis-jenis hotel, restoran-restoran, pusat hiburan, pusat membeli belah, tempat-tempat yang mesti di lawat atau tidak perlu dilawat dan sebagainya. Pakej percutian oleh Tour Operator dapat memenuhi keperluan pelanggan mengikut kehendak masing-masing.

#2) Daya Mampu Beli (Buying Power) – Tour Operator memiliki buying power yang tinggi dengan sesetengah hotel kerana mereka mampu memberi pelanggan yang ramai. Mereka juga memiliki hubungan yang sangat baik dengan sesetengah hotel dan pejabat pelancongan negeri untuk mendapatkan harga yang rendah dan promosi yang baik. Oleh itu, harga yang ditawarkan oleh Tour Operator akan menjadi lebih kompetitif secara pakej.

#3) Nilai – Tour Operator beroperasi sebagai pusat sehenti (one stop center) untuk semua bentuk keperluan pelancongan termasuk tiket, pengangkutan, hotel, lawatan, makanan, pemandu pelancong, dan lain-lain. Ini akan memudahkan pelanggan.

#4) Bantuan – Berapa ramai yang melancong memerlukan bantuan di saat akhir ataupun dalam keadaan terdesak. Contohnya, pertukaran tiket atau hotel di saat akhir, atau kehilangan sesuatu dan sebagainya. Tour Operator juga boleh memberikan bantuan yang sewajarnya sekiranya diperlukan.

#5) Selamat dan Dipercayai – Di atas reputasi yang baik dan syarikat yang berlesen, Tour Operator lebih selamat dan dipercayai berbanding sekiranya penempahan online sendiri. Perkhidmatan yang diberikan juga boleh dipercayai dan mereka akan mengutamakan keselamatan pelanggan berbanding perkara lain. Pelanggan pula boleh melancong dengan lebih tenang dan tidak perlu risau.

#6) Perlindungan Insuran – Tour Operator memilik public liability insuran. Perkara seperti kemalangan memang jarang berlaku. Tetapi ia pernah dan boleh berlaku. Tanpa perlindungan insuran yang mencukupi dan pengalaman mengendalikan kes-kes kecemasan, apatah lagi yang melibatkan kematian, sangat sukar untuk pelanggan yang tidak menggunakan Tour Operator untuk berurusan di negara berkenaan.

#7) Perbezaan Budaya dan Bahasa – mungkin nampak remeh, tetapi, adalah sangat sukar berurusan dengan mereka yang berbeza budaya dan bahasa. Dengan khidmat Tour Operator, mereka boleh menguruskan setiap keperluan pelanggan.

#8) Selesa dan Mudah – Tour Operator akan membuatkan percutian anda lebih selesa. Semuanya diuruskan dan ini memudahkan pelanggan. Tidak perlu bersusah payah berkejaran menaiki pengankutan awam yang mungkin lebih mahal. Peace of mind.

#9) Kecemasan – Bila-bila sahaja Tour Operator boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.

#10) Harga yang Kompetitif – Antara persepsi yang salah ialah, harga yang ditawarkan secara online adalah lebih murah. Pelanggan perlu membuat perbandingan secara tepat (apple to apple). Seperti disebutkan di atas, Tour Operator memilik buying power dan semestinya mampu memberikan tawaran pakej yang lebih menarik.

#11) Pemandu Pelancong yang Terlatih – Menjadi satu kemestian untuk Tour Operator menggunakan pemandu pelancong yang terlatih di sesebuah destinasi. Mereka juga biasanya sangat ramah dan bersedia menjelaskan sesuatu perkara dengan baik.

#12) Kenderaan Yang Selamat dan Selesa – Tour Operator mempunyai standard tersendiri iaitu memastikan kenderaan yang digunakan selamat dan selesa. Tambahan lagi, pelanggan tidak lagi perlu bersusah payah mencari-cari pengangkutan awam yang kadang-kadang tidak selesa.

Secara keseluruhan, melancong menggunakan khidmat Tour Operator akan jadi lebih menyeronokkan dan menenangkan. Pilihlah agensi pelancongan yang baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

IVACATION Percutian Idaman Anda | 0192067221 | FB: ivacation4u | IG: ivacation4u2c   

No comments:

Post a Comment