Monday, July 18, 2016

SEOUL FOREST: 5 Sebab Kenapa Mesti Lawati di Seoul



Di Seoul terlalu banyak tempat boleh dilawati. Sebagai pelancong pastinya kita akan maksimakan percutian kita dengan bajet yang ada. Jangan lupa, antara tempat yang sangat berbaloi untuk dilawati ialah SEOUL FOREST, tak perlu belanja banyak.

5 SEBAB KENAPA MESTI LAWAT:

1) Dear Feeding - Bagi Makanan Kepada Rusa

Anda dan pastinya anak-anak anda akan teruja dengan rusa yang jinak di Seoul Forest.. bukan dalam zoo, tapi di beberapa tempat terbuka yang anda boleh dekat dengan haiwan tersebut. Beli makanan sekitar 1000 won di vending machine yg disediakan dan bagi makan. Ambillah gambar...



2) Berbasikal Santai

Keindahan Seoul Forest dapat dinikmati dengan lebih bila anda berbasikal secara santai bersama pasangan anda atau anak-anak. Pasti menyeronokkan.. Di sana ada tempat untuk menyewa basikal dengan harga dari 3000 won sejam. Atau kalau berdua, sewalah basikal tandem .. pasti romantik



3) Picknick

Di Seoul Forest anda berpeluang untuk berpicknik di sekitar tasik yang ada bersama keluarga atau pasangan tersayang. Bukan sahaja jimat berbelanja, masa yang anda luangkan bersama pastinya berkualiti dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang.. 



4) Taman Rama-Rama

Jangan lupa bersiar-siar di sekitar taman rama-rama berhampiran. Anda akan teruja dengan kecantikan haiwan ciptaan tuhan ini... si Rama-Rama yang punyai pelbagai warna.. canti dan indah.. 



5) Playground

Di Seoul Forest juga ada sebuah playground yang sangat unik seperti dalam gambar di bawah... anak-anak anda atau anda sekali hehe.. boleh masuk ke dalam benda tu dan ambil gambar lah..



BONUS - di akhir lawatan anda ke Seoul Forest, jangan lupa try ice cream istimewa dia.. tengok je pun dah terliur.. hehe. Benda ni dipanggi Bingsu..


Okay... semoga percutian anda maksima bila ke Korea.. 

Kredit: BoboandChichi.com

No comments:

Post a Comment